#A4waistchallenge Dikritik Kaum Lelaki


SHAH ALAM: Keghairahan kaum wanita menyahut cabaran #A4waistchallenge mendapat kritikan kaum lelaki terutamanya  dalam laman sosial.

Fairul Nazrul, 22, mengatakan bahawa cabaran #A4waistchallenge ini mendorong kepada Bulimia dan Aneroksia Nervosa.

“Bagi saya cabaran #A4waistchallenge ini tiada faedahnya kerana ia membuatkan wanita kurang keyakinan diri,” tambah Fairul.

Fairul juga mengkritik kaum wanita yang berfikiran bahawa kecantikan terletak pada tubuh badan yang kurus.

“Sebenarnya lelaki tidak begitu suka akan wanita yang terlampau kurus dan pada kami, apa yang  utama ialah kebijaksanaan dan kecantikan dalaman,” kata Fairul lagi.

Sementara itu Ahmad Aizam, 22 juga mempunyai pendapat yang sama tentang cabaran #A4waistchallenge.

Kata beliau, wanita tidak perlu buktikan kecantikan mereka kepada lelaki dengan menayangkan susuk tubuh badan mereka yang ramping di laman sosial.

“Wanita hanya perlu mempunyai keyakinan, menjaga kesihatan dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan bersenam jika mahu tubuh badan yang sihat,” kata Aizam.

“Seseorang yang mempunyai badan yang kurus tidak semestinya sihat, kadangkala mereka yang mempunyai susuk yang terlampau kurus inilah yang mempunyai kandungan kalori yang tinggi dalam tubuh badan mereka,” Aizam berkata lagi.

Pada pendapat Nur Zezera, 21, wanita yang cantik pada mata lelaki di Malaysia ialah wanita yang kurus lalu menyebabkan wanita obses untuk menurunkan berat badan.

“Saya sendiri sebagai seorang wanita berasa kecewa dan hilang keyakinan apabila kebanyakan lelaki di laman sosial memberi perhatian kepada wanita yang kurus,” luah Zezera.

Zezera juga menasihati agar semua wanita tidak mudah terikut dengan trend yang boleh membahayakan kesihatan tubuh badan mereka.

#A4waistchallenge merupakan cabaran yang sedang hangat diperdebatkan terutamanya oleh kaum lelaki di beberapa laman sosial baru-baru ini.

Trend yang sedang hangat diperdebatkan di internet ini merupakan cabaran di mana seseorang itu perlu memegang kertas bersaiz A4  secara menegak di hadapan perut mereka, mengambil dan memuat naik gambar di laman sosial untuk menunjukkan kerampingan badan mereka hanya sekecil kertas A4 itu.



Antara gambar #A4waistchallenge yang dimuatnaik di laman sosial.
Sumber - Malay Mail online


Ahmad Aizam menyatakan bahawa wanita perlu keyakinan diri.

















Fairul Nazrul mengatakan bahawa kaum lelaki pentingkan kecantikan dalaman dan bukan luaran. 

Nur Zezera merasakan bahawa kebanyakan lelaki di Malaysia meminati wanita yang putih dan kurus.


Berita berkaitan : 

http://www.huffingtonpost.ca/2016/03/18/a4-waist-challenge_n_9498954.html

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/anda-mungkin-ramping-tapi-adakah-anda-seramping-kertas-a4



Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Post a Comment